Monday, March 5, 2007
Minggu Bahasa

Minggu bahasa.. saya rasa Bulan Bahasa lebih sesuai, sudah lebihi seminggu barulah "minggu" bahasa telah mengakhiri. Kelas saya telah mempersembahkan drama Penunggu Pusaka. Kami tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih kerana pertandingan drama ini akan diadakan pada hari Khamis dan latihan pertama terjatuh pada hari Selasa. Oleh sebab itu kami berasa cemas dan tidak bersedia apabila menghadapi panel hakim. Selain itu, kami juga tidak diberitahu bahawa penggunaan mikrofon tidak dibenarkan. Para pelakon kami terpaksalah menaikkan suara untuk kedengaran.


Walaubagaimanapun, drama ini telah berjalan dgn lancar dan Pn. Hanim telah memberitahu kami bahawa beliau berasa bangga atas pelakonan kami semua. Babak yang paling menarik per hatian ialah apabila Siti aka Stephanie telah membuang semua kertas. Penarian "seksi" bomoh kami juga merupakan salah satu babak yang telah menghiburkan penonton.


Terkejutnya kami apabila diberitahu bahawa telah menang pertandingan tersebut. Nampaklah semua usaha kami tidak bersia-sia. Di sinilah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang kerana telah melakukan yang terbaik, terutamanya pelakon "terbaik", pelakon-pelakon, NARRATOR, "props", "costumes", "sound effects" dan juga penulis skrip: Grace dan Mei San.














Cikgu, pemenang ada hadiahkah?


.::Organized Chaos::..
3:17:00 PM












March 2007



Designer Eric Sim
Brushes Hybrid Genesis and Eric Sim